Saturday, 11 January 2014

Persiapan menempah kad kahwin agar majlis berjalan lancar


Walaupun sekarang kita mempunyai emel dan Facebook untuk membuat pengumuman dan menjemput para tetamu ke majlis perkahwinan kita, namun kad jemputan kahwin masih tetap menjadi pilihan utama. Tidak lengkap persiapan majlis perkahwinan jika tidak memikirkan tentang kad jemputan kahwin. Harus diingat, kad jemputan kahwin hanyalah alat untuk memberitahu dan menjemput tetamu ke majlis perkahwinan anda, maka tidak perlulah membazirkan terlalu banyak wang. 

Tidak dinafikan, kad jemputan kahwin yang cantik dan unik sudah semestinya menjadi idaman semua bakal pengantin, tetapi harga yang perlu dibayar semestinya tinggi. Bukan rekabentuk yang cantik dan harga yang tinggi menjadi keutamaan, tetapi maklumat-maklumat yang dinyatakan dalam kad jemputan kahwin adalah lebih penting. Jadi, jika anda ingin menempah kad jemoutan kahwin, pastikan maklumat-maklumat yang berikut ada:

1. Nama pengantin
Ya, kad jemputan kahwin anda perlulah ditulis dengan nama anda dan bakal pasangan. Pada muka hadapan, letakkan nama ringkas atau gelaran. Pada muka belakang atau dalam, letakkan nama penuh. Pastikan nama ditulis dengan jelas, dan orang lain dapat mengenal anda dan pasangan melalui nama yang ditulis.

2. Nama ibubapa/penjaga
Jangan lupa untuk meletakkan nama ibubapa pada kad perkahwinan anda kerana kebiasaannya tetamu yang hadir, selain rakan-rakan anda dan pasangan, lebih mengenali kedua-dua ibubapa anda. Letakkan nama gelaran untuk memudahkan tetamu mengenali mereka. Jika salah seorang sudah tiada, tuliskan sahaja nama ibu atau bapa yang masih ada, tetapi janganlah ditinggalkan nama ibu atau bapa tiri anda (jika ada). Jika kedua-duanya sudah tiada, tuliskan nama penjaga yang mewakili anda seperti datuk, nenek, bapa saudara dan abang.

3. Jenis majlis
Berhati-hati menulis jenis majlis dalam kad jemputan anda. Perkara ini kadang-kala menjadi sangat sensitif, terutama di kawasan kampung. Perkataan 'majlis perkahwinan' dan 'majlis menyambut menantu' menunjukkan yang tuan rumah mengharapkan hadiah atau sumbangan wang dari tetamu yang hadir. Mereka yang diundang mungkin keberatan untuk hadir ke majlis anda kerana seolah-olah terpaksa mengeluarkan belanja memberi hadiah atau sumbangan, lebih buruk lagi jika mereka turut diundang ke majlis lain yang juga menharapkan sumbangan hadiah dan wang. Jika anda ikhlas menjemput tetamu dan tidak mahu membebankan tetamu supaya menyediakan sumbangan, sebaik-baiknya gunakan perkataan 'majlis kesyukuran' dalam kad jemputan kahwin anda.

4. Tarikh dan hari majlis
Supaya tidak mengelirukan bakal tetamu, tuliskan tarikh dan hari majlis dengan jelas. Periksa dulu sebelum kad dicetak, kerana dibimbangi tersilap.

5. Lokasi majlis
Nyatakan alamat lokasi majlis dengan jelas. Letakkan peta ke arah lokasi majlis perkahwinan anda. Pastikan beberapa tanda atau bangunan penting diletakkan dalam peta tersebut. Lebih baik sekiranya anda turut meletakkan koordinat lokasi majlis perkahwinan anda. Maklumlah, sekarang ramai orang mempunyai alat GPS. Meletakkan koordinat lokasi majlis akan memudahkan mereka.

6. Nombor telefon untuk dihubungi
Tuliskan nombor telefon anda dan kedua-dua ibubapa. Pada hari majlis perkahwinan, anda mungkin sibuk dan tidak sempat melayan telefon anda. Oleh itu, tinggalkannya dengan pengapit atau adik-beradik anda. Langkah paling selamat, letakkan juga nombor telefon salah seorang adik-beradik atau rakan anda dalam kad jemputan kahwin.

7. Aturcara majlis
Jika ada ruang, tuliskan secara ringkas aturcara majlis; waktu mula, waktu ketibaan pengantin dan waktu akhir. Ini akan memudahkan tetamu untuk merancang kehadiran mereka supaya dapat berjumpa dengan pengantin. Anda semestinya ingin berjumpa dengan para tetamu yang hadir, bukan?

8. Doa
Tuliskan doa kelancaran majlis dan kebahagiaan rumah tangga dalam kad jemputan kahwin anda. Masukkan nama anda dan pasangan dalam doa tersbut. Bayangkan, setiap seorang yang menerima kad jemputan kahwin anda sudah semestinya akan mendoakan anda. Insya-Allah, perkahwinan anda dan pasangan akan diberkati-Nya.

Waktu yang sesuai untuk menempah kad jemputan kahwin adalah tiga bulan sebelum majlis perkahwinan. Kad biasanya memerlukan masa dua ke tiga minggu untuk disiapkan. Baki sebulan sebelum tarikh majlis perkahwinan adalah waktu yang sesuai untuk mengedar kad dan menjemput tetamu. Anda boleh pergi ke kedai-kedai percetakan di sekitar anda untuk menempah kad jemputan kahwin. Untuk lebih mudah, lakukan sahaja carian dalam internet, banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan mencetak kad kahwin.

Tips Memilih Jurusolek atau Juruandam



Bagi yang ingin mendapatkan sentuhan profesional dari segi tatarias diri pada majlis perkahwinan nanti, khidmat daripada juruandam atau jurusolek semestinya diperlukan. Apa beza juruandam dan jurusolek? Ramai sebenarnya yang keliru tentang skop tugas juruandam dan jurusolek. Skop kerja jurusolek lebih terhad kepada solekan sahaja; mereka berkemahiran menyolek wajah pengantin dengan solekan yang terkini dan sesuai dengan wajah pengantin. Kelebihan memilih jurusolek adalah bajet yang rendah dan sentuhan solekan yang lebih baik kerana mereka sememangnya dilatih khusus untuk solekan.

Juruandam, ataupun mak andam, pula mempunyai skop kerja yang lebih luas. Selain berperanan menyolek pengantin, juruandam juga mempunyai pelbagai koleksi baju pengantin yang dapat digunakan oleh pengantin. Di samping itu, juruandam mempunyai kelengkapan secukupnya untuk menatarias pelamin dan bilik tidur. Khidmat rawatan wajah, badan dan sebagainya turut disediakan oleh juruandam profesional. Kadang-kadang, juruandam turut berkongsi petua dan amalan yang boleh dilakukan bakal pengantin untuk menambahkan seri diri dan menambat hati pasangan. Namun, berhati-hatilah dalam memilih amalan yang diajarkan, dibimbangi terselit unsur-unsur tidak baik seperti susuk, botox dan sebagainya.

Untuk mencari juruandam dan jurusolek untuk majlis perkahwinan nanti, anda boleh mencari maklumat menerusi iklan-iklan di majalah-majalah pengantin, surat khabar dan internet. Beberapa perkara yang berikut boleh dijadikan panduan dalam memilih jurusolek atau juruandam;

1. Pastikan juruandam atau jurusolek yang akan dipilih mempunyai pengalamandalam menatarias pengantin sebelum ini. Dapatkan testimonial daripada pelanggan-pelanggan sebelum ini. Kalau boleh, minta gambar-gambar solekan pengantin yang pernah dilakukan oleh juruandam atau jurusolek tersebut.

2. Buat temujanji dan cuba dahulu solekan yang dilakukan oleh juruandam atau jurusolek tersebut. Bawa rakan atau ahli keluarga untuk mendapatkan maklumbalas. Tidak perlu mengambil masa yang lama; seorang juruandam atau jurusolek yang mahir sudah semestinya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyolek anda.

3. Pastikan anda berpuas hati dengan solekan percubaan yang diberi. Dapatkankonsep solekan yang akan digunakan ke atas anda. Pastikan solekan yang dibuat nanti tidak keterlaluan, sesuai dengan kulit wajah, pakaian pengantin yang dipakai dan tema majlis perkahwinan. Usahlah terlalu tebal sehingga menjadikan wajah anda seperti orang lain; mungkin nanti pasangan tidak dapat mengecam anda. Cukuplah sekadar solekan yang dapat menyembunyikan kecacatan yang ada dan menaikkan seri wajah anda.

4. Seboleh-bolehnya, cuba minta supaya orang yang menyolekkan anda semasa sesi percubaan adalah orang yang sama yang akan berkhidmat semasa majlis perkahwinan nanti. Walaupun pekerja dari butik atau tempat yang sama, kadang-kadang teknik dan hasil solekan akan berbeza. Jika ini terjadi, anda mungkin mendapat hasil solekan yang baik semasa sesi percubaan, tetapi tidak semasa hari majlis perkahwinan. Bukankah ini satu kerugian buat anda?


5. Buat kajian terlebih dahulu dengan menilai dan membandingkan sekurang-kurangnya tiga atau lebih jurusolek atau juruandam supaya anda mendapat khidmat yang terbaik pada harga berpatutan. Setelah memilih yang berkenan di hati, buat tempahan awal supaya tidak diambil pengantin lain. Menempah jurusolek atau juruandam sebaik-baiknya dilakukan dua atau tiga bulan sebelum majlis perkahwinan.

Mendapatkan khidmat profesional seorang juruandam atau jurusolek adalah pilihan, bergantung kepada kehendak dan keupayaan bajet persiapan majlis perkahwinan anda. Sekiranya merasakan anda tidak mampu mendapatkan khidmat mereka, mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai kemahiran menyolek. Solekan hanyalah sebagai alat. Yang penting, anda sendiri yakin dengan penampilan anda, banyakkan senyum dan jaga kesihatan supaya tidak kelihatan lesu dan letih di hari majlis perkahwinan nanti.

Tips Kad Jemputan Kahwin

Walaupun sekarang kita mempunyai emel dan Facebook untuk membuat pengumuman dan menjemput para tetamu ke majlis perkahwinan kita, namun kad jemputan kahwin masih tetap menjadi pilihan utama. Tidak lengkap persiapan majlis perkahwinan jika tidak memikirkan tentang kad jemputan kahwin. Harus diingat, kad jemputan kahwin hanyalah alat untuk memberitahu dan menjemput tetamu ke majlis perkahwinan anda, maka tidak perlulah membazirkan terlalu banyak wang. Tidak dinafikan, kad jemputan kahwin yang cantik dan unik sudah semestinya menjadi idaman semua bakal pengantin, tetapi harga yang perlu dibayar semestinya tinggi. Bukan rekabentuk yang cantik dan harga yang tinggi menjadi keutamaan, tetapi maklumat-maklumat yang dinyatakan dalam kad jemputan kahwin adalah lebih penting. Jadi, jika anda ingin menempah kad jemoutan kahwin, pastikan maklumat-maklumat yang berikut ada:

1. Nama pengantin
Ya, kad jemputan kahwin anda perlulah ditulis dengan nama anda dan bakal pasangan. Pada muka hadapan, letakkan nama ringkas atau gelaran. Pada muka belakang atau dalam, letakkan nama penuh. Pastikan nama ditulis dengan jelas, dan orang lain dapat mengenal anda dan pasangan melalui nama yang ditulis.

2. Nama ibubapa/penjaga
Jangan lupa untuk meletakkan nama ibubapa pada kad perkahwinan anda kerana kebiasaannya tetamu yang hadir, selain rakan-rakan anda dan pasangan, lebih mengenali kedua-dua ibubapa anda. Letakkan nama gelaran untuk memudahkan tetamu mengenali mereka. Jika salah seorang sudah tiada, tuliskan sahaja nama ibu atau bapa yang masih ada, tetapi janganlah ditinggalkan nama ibu atau bapa tiri anda (jika ada). Jika kedua-duanya sudah tiada, tuliskan nama penjaga yang mewakili anda seperti datuk, nenek, bapa saudara dan abang.

3. Jenis majlis
Berhati-hati menulis jenis majlis dalam kad jemputan anda. Perkara ini kadang-kala menjadi sangat sensitif, terutama di kawasan kampung. Perkataan 'majlis perkahwinan' dan 'majlis menyambut menantu' menunjukkan yang tuan rumah mengharapkan hadiah atau sumbangan wang dari tetamu yang hadir. Mereka yang diundang mungkin keberatan untuk hadir ke majlis anda kerana seolah-olah terpaksa mengeluarkan belanja memberi hadiah atau sumbangan, lebih buruk lagi jika mereka turut diundang ke majlis lain yang juga menharapkan sumbangan hadiah dan wang. Jika anda ikhlas menjemput tetamu dan tidak mahu membebankan tetamu supaya menyediakan sumbangan, sebaik-baiknya gunakan perkataan 'majlis kesyukuran' dalam kad jemputan kahwin anda.

4. Tarikh dan hari majlis
Supaya tidak mengelirukan bakal tetamu, tuliskan tarikh dan hari majlis dengan jelas. Periksa dulu sebelum kad dicetak, kerana dibimbangi tersilap.

5. Lokasi majlis
Nyatakan alamat lokasi majlis dengan jelas. Letakkan peta ke arah lokasi majlis perkahwinan anda. Pastikan beberapa tanda atau bangunan penting diletakkan dalam peta tersebut. Lebih baik sekiranya anda turut meletakkan koordinat lokasi majlis perkahwinan anda. Maklumlah, sekarang ramai orang mempunyai alat GPS. Meletakkan koordinat lokasi majlis akan memudahkan mereka.

6. Nombor telefon untuk dihubungi
Tuliskan nombor telefon anda dan kedua-dua ibubapa. Pada hari majlis perkahwinan, anda mungkin sibuk dan tidak sempat melayan telefon anda. Oleh itu, tinggalkannya dengan pengapit atau adik-beradik anda. Langkah paling selamat, letakkan juga nombor telefon salah seorang adik-beradik atau rakan anda dalam kad jemputan kahwin.

7. Aturcara majlis
Jika ada ruang, tuliskan secara ringkas aturcara majlis; waktu mula, waktu ketibaan pengantin dan waktu akhir. Ini akan memudahkan tetamu untuk merancang kehadiran mereka supaya dapat berjumpa dengan pengantin. Anda semestinya ingin berjumpa dengan para tetamu yang hadir, bukan?

8. Doa
Tuliskan doa kelancaran majlis dan kebahagiaan rumah tangga dalam kad jemputan kahwin anda. Masukkan nama anda dan pasangan dalam doa tersbut. Bayangkan, setiap seorang yang menerima kad jemputan kahwin anda sudah semestinya akan mendoakan anda. Insya-Allah, perkahwinan anda dan pasangan akan diberkati-Nya.

Waktu yang sesuai untuk menempah kad jemputan kahwin adalah tiga bulan sebelum majlis perkahwinan. Kad biasanya memerlukan masa dua ke tiga minggu untuk disiapkan. Baki sebulan sebelum tarikh majlis perkahwinan adalah waktu yang sesuai untuk mengedar kad dan menjemput tetamu. Anda boleh pergi ke kedai-kedai percetakan di sekitar anda untuk menempah kad jemputan kahwin. Untuk lebih mudah, lakukan sahaja carian dalam internet, banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan mencetak kad kahwin.

Idea Menarik Untuk Wang Hantaran Perkahwinan


Perkahwinan masa kini sememangnya memerlukan belanja yang banyak, terutamanya untuk bakal pasangan lelaki. Perbelanjaan paling besar semestinya untuk menampung wang hantaran kahwin. Maklumlah, sudah menjadi budaya masa sekarang yang mana majlis perkahwinan menjadi seolah-olah pertandingan untuk membanding-bandingkan nilai si pengantin perempuan. "Berapa bayar hantaran kahwin ni?" Pasti ada yang akan bertanya tentang soalan sebegini.

Kadang-kadang, bukan ibubapa pengantin perempuan hendak menindas atau menzalimi pengantin lelaki dengan meletakkan wang hantaran yang tinggi, tetapi untuk mengelakkan kata-kata cacian daripada yang lain, bayaran yang setimpal perlu juga diminta. Maka, terpaksalah pengantin lelaki menyediakan sekurang-kurangnya RM 20,000; 10,000 untuk persiapan majlis perkahwinan dan 10,000 untuk wang hantaran kahwin.

Tetapi, tahukah anda ada cara yang lebih baik untuk memberikan wang hantaran kahwin tanpa memerlukan jumlah yang besar? Selain daripada memberikan wang tunai, ada cara lain yang boleh dijadikan ganti, dan semestinya cara-cara ini tampak mewah walau hanya melibatkan kos yang sedikit.

1. Wang pendahuluan rumah
Daripada meletakkan wang hantaran semata-mata, lebih baik wang tersebut dijadikan bayaran pendahuluan rumah baru. Jika anda pandai berkompromi dengan pemaju, biasanya bayaran pendahuluan untuk sebuah rumah adalah sekitar 5% dari harga rumah, malah boleh lebih rendah lagi. Sebagai permulaan, tidak perlulah membeli rumah yang terlalu mahal dan besar, anda hanya tinggal berdua dengan isteri sahaja, bukan? Carilah rumah di bawah harga RM 200,000, supaya wang pendahuluan kurang daripada RM 10,000. Selebihnya, buatlah pembiayaan bank. Untuk hantaran, letakkan sebuah replika rumah dan paparkan harga sebenar rumah. Bukankah satu kebanggaan jika dapat menyediakan sebuah rumah untuk bakal isteri (walaupun hanya bayar wang pendahuluan)?

2. Wang pendahuluan kereta
Cara ini hanya berkesan jika bakal pasangan atau anda sendiri masih belum mempunyai kereta. Sediakan wang pendahuluan dan dapatkan sebuah kereta yang anda mampu. Sama juga seperti cara di atas, buat satu replika kunci kereta dan paparkan harga kereta sebagai hantaran kahwin untuk pasangan. Namun, harus diingat, usahlah terlalu tamak mendapatkan sebuah kereta yang mahal, kerana nanti banyak belanja yang perlu anda dan pasangan keluarkan. Rancanglah sebaik-baiknya sebelum membeli sebuah kereta.

3. Polisi takaful
Pernah dulu disiarkan satu iklan yang menunjukkan seorang pengantin lelaki menjadikan polisi takaful sebagai hantaran kahwin untuk pasangannya. Semua tetamu yang hadir kagum dengan jumlah perlindungan dan pulangan yang ditawarkan oleh polisi tersebut. Memang satu idea yang menarik. Tahukah anda bahawa dengan hanya bayaran serendah RM 200 sebulan, anda boleh mendapatkan jumlah perlindungan sehingga Rm 50,000? Ya, dan ini boleh anda letak sebagai hantaran kahwin. Tidak rugi untuk mendapatkan polisi takaful, selain memberi perlindungan pada waktu-waktu tertentu, takaful juga bertindak sebagai tabung simpanan dan pelaburan (walaupn hasinya tidak seberapa). Pilihlah pelan takaful yang sesuai dengan anda.

4. Emas
Emas memang sesuatu yang mewah, bukan? Jadi, bolehlah anda pertimbangkan untuk dijadikan hantaran kahwin anda. Anda boleh gunakan jongkong emas ataupun kepingan dinar emas. Walau berapa pun nilai yang anda bagi, tiada siapa yang akan memperlekehkannya. Itulah kuasa emas; mewah adalah sifat semulajadinya. Tidak rugi anda laburkan wang untuk emas, pasti memberikan pulangan yang baik jika disimpan untuk tempoh yang lama.

Panduan Mendapatkan Gambar Perkahwinan Yang Baik


Mengambil seorang jurugambar untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan adalah antara perkara wajib yang perlu dilakukan oleh bakal pasangan pengantin. Amatlah rugi sekiranya tiada sekeping pun gambar diambil pada hari bahagia anda. Jadi, dalam persiapan majlis perkahwinan, janganlah lupa untuk mencari seorang jurugambar. Namun, kadang-kadang kos mengupah seorang jurugambar boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Adakah sepadan dengan hasil yang anda akan dapat? Untuk memastikan anda mendapat gambar perkahwinan yang setimpal dan menarik, beberapa tips yang berikut boleh dijadikan panduan:

1. Memilih jurugambar yang profesional
Lihat hasil kerja yang dilakukan oleh jurugambar yang akan anda bayar. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang mungkin berkenaan pakej yang ditawarkan. Berbincanglah dengan jurugambar berkenaan kehendak anda. Seorang jurugambar yang profesional sudah semestinya akan memberikan idea-idea yang menarik untuk anda. Dia juga mesti pandai merancang dan tahu tugas-tugas yang perlu dilakukan. Semasa sesi perjumpaan dengan jurugambar, perkara-perkara inilah yang perlu anda ambil tahu untuk menentukan seorang jurugambar itu profesional ataupun tidak.

2. Rancang aturcara majlis perkahwinan
Dalam merancang aturcara majlis perkahwinan, pastikan setiap acara diberi waktu yang secukupnya supaya tidak berterabur dan tergesa-gesa. Dapatkan bantuan dan tenaga kerja yang mencukupi. Maklumkan kepada jurugambar tentang aturcara yang dirancang. Sebaik-baiknya, berikan satu salinan aturcara majlis. Tugaskan seseorang untuk membantu jurugambar dan memperincikan lokasi setiap acara. Dengan ini, jurugambar dapat merancang posisi-posisi dan sudut-sudut yang menarik untuk mengambil gambar perkahwinan anda.

3. Rehat yang cukup
Menjelang hari majlis perkahwinan, pastikan yang bakal pengantin mendapat rehat yang secukupnya. Agihkan kerja-kerja kepada yang lain. Ini untuk memastikan bakal pengantin kelihatan segar dan berseri. Gambar yang diambil sudah semestinya kelihatan cantik.

4. Ambil gambar dahulu
Selesai sahaja disolek, sebaik-baiknya ambil dulu beberapa keping gambar portrait. Waktu selepas disolek adalah waktu terbaik untuk mengambil gambar. Luangkan sedikit masa untuk jurugambar anda mengambil gambar. Jika diambil lewat, dibimbangi pengantin akan keletihan dan solekan telah cair atau kusam. Hasilnya, gambar sudah semestinya nampak tidak menarik.

5. Berlatih untuk senyum dan bergaya
Sebelum majlis perkahwinan, berlatihlah di depan cermin untuk senyum dan bergaya (posing). Jangan nanti pada hari majlis perkahwinan, anda kelihatan masam dan kaku. Ini akan mencacatkan gambar perkahwinan anda.

6. Bersabar menanti gambar disiapkan
Selepas habis majlis perkahwinan, biasanya jurugambar memerlukan masa satu ke dua minggu untuk menyiapkan gambar anda. Bersabarlah dan beri peluang jurugambar anda menyiapkan semuanya. Usah didesak dan ditekan untuk menyiapkan semuanya dengan cepat. Dibimbangi nanti jurugambar anda tergesa-gesa dan hasilnya gambar perkahwinan yang kabur, gelap dan tidak menarik.

Panduan Pada Hari Majlis Perkahwinan


Setelah segala persiapan majlis perkahwinan selesai, kini tibalah hari majlis perkahwinan anda. Pada hari inilah segala yang dirancang sebelumnya perlu dilaksanakan dan dipastikan berjalan lancar. Sudah semestinya anda sebagai pengantin tidak perlu melakukan semua tugas dan kerja, sebaliknya agih-agihkan kepada petugas-petugas yang telah anda lantik sebelum ini. Letakkan kepercayaan kepada mereka dalam mengendalikan majlis perkahwinan anda. Anda hanya perlu bertenang dan banyakkan memberi senyuman. Sepanjang majlis perkahwinan, anda mungkin akan melalui perkara-perkara yang berikut:

Di awal hari majlis perkahwinan
Sila bangun awal pagi. Hari ini adalah hari penting anda. Tunaikan solat dan mandi sunat supaya badan anda segar. Wangikan badan dengan aroma yang sesuai. Ini akan membantu 'mood' dan perasaan anda untuk menghadapi hari istimewa ini. Jangan abaikan sarapan pagi, bimbang nanti anda tidak selesa kerana perut memulas kelaparan. Periksa baju pengantin dan aksesori yang akan dipakai nanti, pastikan semua tersedia dan dalam keadaan baik. Bersolek dan tukar pakaian anda. Jika ada kesempatan, boleh bergambar secara solo atau dengan pasangan anda. Boleh juga jika ada saudara-mara yang ingin mencelah.

Semasa majlis akad pernikahan
Duduk dalam keadaan tenang dan selesa. Banyakkan berdoa dalam hati agar majlis berjalan lancar. Biasanya majlis akad pernikahan akan dimulakan dengan bacaan khutbah nikah oleh kadi. Dengar dengan teliti, jangan sampai tertidur! Untuk pengantin lelaki, usai akad nikah, bersalam-salaman dulu dengan kadi dan orang-orang di sekeliling anda sebelum menunaikan solat sunat syukur. Kemudian, berjumpa dengan pasangan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Sarungkan cincin dan serahkan mas kahwin. Pengantin lelaki mungkin akan dipaksa mencium dahi pasangan, jadi pastikan anda boleh melakukannya dengan baik. Kemudian, bersalam-salamanlah dengan semua orang sebelum berarak ke tempat majlis perkahwinan.

Semasa majlis perkahwinan
Pastikan anda mengikuti segala acara yang telah dirancangkan. Layan tetamu yang datang dengan baik. Pastikan anda dan pasangan mengekalkan wajah yang berseri-seri sepanjang majlis walaupun kepenatan. Jangan hanya duduk di atas pelamin. Sebaliknya, turun dan beramah-mesra dengan tetamu. Ucapkan terima kasih atas kesudian menghadiri majlis perkahwinan anda. Bergaullah dengan seramai mungkin tetamu, jangan hanya menumpukan kepada rakan terdekat sahaja. Jika ada permintaan, jangan malu-malu untuk mengambil gambar bersama-sama tetamu.

Di akhir hari majlis perkahwinan
Majlis perkahwinan anda selesai juga akhirnya. Kini, anda bersama-sama dengan pasangan anda. Tunjukkan kasih sayang anda padanya, ambil berat akan semua keperluannya. Temani suami atau isteri anda untuk bergaul dan beramah-mesra dengan ahli keluarga anda. Pakailah pakaian yang sesuai. Gembirakan semua orang yang telah membantu untuk majlis perkahwinan anda. Apabila tiba waktu yang sesuai, ajaklah pasangan masuk ke bilik dan nikmati malam pertama anda sebaik-baiknya

Belanjawan perkahwinan




Tips Kewangan: Perbelanjaan Perkahwinan
Sudahkah anda menetapkan belanjawan untuk belanja perkahwinan anda? Jika belum mungkin senarai di bawah dapat membantu anda menghitung berapakah anggaran yang perlu disediakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda.

Bil
Perkara
Rendah
Pertengahan
Tinggi
1
Wang hantaran
(RM5,000)
(RM8,000)
(RM15K)
2
Barang hantaran
(RM 500)
(RM1,000)
(RM 5K)
3
Kad jemputan
(RM 50)
(RM 500)
(RM 2K)
4
Katering/gtg royg
(RM4,000)
(RM7,000)
(RM12K)
5
Kemah/kanopi
(RM 200)
(RM 500)
(RM 2K)
6
Pelamin
(RM 200)
(RM 500)
(RM 2K)
7
Baju pengantin
(RM 300)
(RM 600)
(RM 2K)
8
Mak andam
(RM 250)
(RM 500)
(RM 1K)
9
Jurugambar
-
(RM 500)
(RM 2K)
10
Hiasan bilik pengantin
(RM 250)
(RM 500)
(RM 2K)
11
Bunga telur
(RM 300)
(RM 500)
(RM 2K)
12
Kompang
-
(RM 200)
(RM 1K)
13
Sistem audio
(RM 100)
(RM 300)
(RM 1K)
14
DJ
-
(RM 200)
(RM 1K)
JUMLAH
(RM11000)
(RM 20,800)
(RM 50K)

Mungkin jika dicongak, anda akan membelanjakan belasan ribu ringgit atau mungkin melebihi 20 ribu ringgit. 

Adakah anda telah bersedia untuk perbelanjaan sebanyak itu? Pandai-pandai la anda mengatur kewangan anda mengikut kemampuan anda.

Yang tak berapa mampu tu tak perlu risau sangat sebab sponsor ada.. berbaik-baik la dengan IbuBapa dan keluarga anda kerana mereka lah sponsor terbaik yang boleh anda harapkan.. SETUJU???..

Persediaan Genting Kahwin (6-12 bulan sebelum majlis)



Kredit to Syokkahwin.com

TIP MENJADIKAN PERKAHWINAN BAHAGIA



PERKAHWINAN adalah satu amalan disyariatkan Allah kepada hamba-Nya malah hikmah sesebuah perkahwinan sangat besar.

Selain menunaikan perintah Allah dan mengikut sunnah Rasulullah, ia saluran yang sah dan suci untuk mengembangkan zuriat keturunan.

Ada beberapa saranan yang boleh diberi perhatian agar majlis berlangsung dengan jayanya, antaranya:-

1. Amalan syura atau mesyuarat bukan saja diamalkan dalam urusan kemasyarakatan semata-mata. Sebaliknya amalan ini amat baik jika dipraktikkan dalam kehidupan berkeluarga.

2. Ia boleh dilakukan dalam proses merancang sebuah perkahwinan bermula daripada pasangan menyatakan keinginan berkahwin kepada ibu bapa, adat merisik, meminang sehinggalah penentuan majlis akad dan kenduri kahwin.

3. Pasangan pengantin mestilah sekufu atau sepadan. Ia boleh diterjemahkan sama ada dari segi keturunan, bangsa, kekayaan, umur, kecerdikan atau maksud yang lebih luas lagi sesuai dengan perubahan dan keperluan semasa.

4. Dalam mengatur dan merancang perkahwinan anak-anak, ibu bapa mestilah memberi perhatian kepada faktor ini. Sering berlaku perselisihan antara ibu bapa dengan anak-anak kerana pilihan ibu bapa tidak seiring dengan pilihan anak-anak.

5. Dalam sebarang keputusan, persetujuan bersama adalah mustahak. Begitu juga dalam perkahwinan selain persetujuan daripada wali pengantin perempuan, Islam juga melihat keperluan dan kepentingan kesediaan kedua-dua bakal pengantin untuk berkahwin.

6. Perkahwinan tanpa kerelaan dan kehendak pasangan akan menyebabkan masalah di kemudian hari. Justeru, persetujuan bukanlah lahir daripada mulut semata-mata tetapi dari hati untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

7. Pasangan pengantin perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu perkahwinan (munakahat).

8. Langkah pihak berkuasa agama mewajibkan kursus perkahwinan kepada bakal pengantin sesuatu yang perlu. Sebaliknya, ia memberi pendedahan kepada bakal pengantin berhubung alam rumah tangga.

9. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada masalah dan menerusi perkahwinan, mungkin ada masalah tetapi carilah jalan penyelesaian (sulh).

10. Apabila masalah timbul yang berkaitan nikah kahwin, ibu bapa, pasangan pengantin atau suami isteri perlu merujuk kepada orang yang berhak iaitu ahli keluarga yang dipercayai, golongan agama atau lantik orang tengah daripada keluarga lelaki dan perempuan.

11. Jika kes begitu rumit, gunakan saluran perundangan yang sewajarnya.

Pilihan Doa Kad Kahwin Sejati




Kod Doa : D001

"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai”.


Kod Doa : D002

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang-hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.


Kod Doa : D003

"Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat”.


Kod Doa : D004

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki”.


Kod Doa : D005

“Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini, (nama pengantin) dan (nama pengantin). Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini”.


Kod Doa : D006

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW”.


Kod Doa : D007

“Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu. Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan”.


Kod Doa : D008

“Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon limpah kurniaMu, berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau kehendaki. Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunanMu kepada pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini. Moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat".


Kod Doa : D009

"Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai". (Doa nabi Muhammad SAW pada pernikahan puteri Baginda; Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali)


Kod Doa : D010

“Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat".