Friday, 10 January 2014

Tips Memilih Pelamin Yang Sesuai

Tips Memilih Pelamin Yang Sesuai


Salam semua.. di sini kami utarakan beberapa tips dalam mendalami kehendak rekaan pelamin anda..
  1. Konsep pelamin – apakah konsepnya? Bidadari dipenuhi dengan bunga2? Tema English? Moden? Roman? Kerawang? Kristal? fairytale? Bangsawan? Mungkin anda boleh mengambil konsep raja-raja dahulu, king and queen, qruang berehat (ada sofa panjang), ruang bersantai, ruang menunggu, ruang tamu.. lihat sekeliling.. dan olah konsep kearah persandingan.. Asalkan nampak elegan.
  2. Warna – pastikan warna lembut yang dikenakan.. jika terlalu garang atau gelap, sukar pengantin akan timbul dalam perhatian orang ramai.. Juga jangan gunakan banyak sangat warna.. i.e. ada hijau, kuning, biru.. etc.. nanti kang jadi macam tempat tadika pulak..
  3. Gubahan bunga – adakah bunga tiruan atau bungaan segar? Semuanya bergantung kepada bajet anda.
  4. Kerusi atau duduk bersimpuh – Bersimpuh agak penat.. Kalau duduk pastikan ada sandarnya kerana kalau bersanding lama, boleh sakit belakang.. nanti kempunan malam pertama pulak nanti bila pasangan sakit belakang.. huhu :)
  5. Hiasan lain – mestilah kena konsepnya.. chandelier, lanterns, lampu warna-warni, lampu setpiece, kristal, frame gambar dan pelbagai..
Rekaan Pelamin dan Konsep

No comments:

Post a Comment