Friday 10 January 2014

Baju Kurung Adalah Pakaian Kebangsaan Untuk Kaum Wanita Melayu

Baju Kurung Adalah Pakaian Kebangsaan Untuk Kaum Wanita Melayu



Baju kurung merupakan salah satu pakaian tradisi bagi kaum wanita masyarakat Melayu. Ianya amat sinonim dengan leher teluk belanga dan masih popular sehingga kini selain daripada baju kebaya.

Pakaian ini amat sesuai digayakan untuk menghadiri pelbagai acara sama ada rasmi ataupun tidak rasmi. Baju kurung juga telah melalui pelbagai transformasi, dari segi rekabentuk potongan mahupun motif pada fabriknya.

Buktinya, terdapat pelbagai jenis baju kurung telah digayakan oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Ada diantaranya juga berindentitikan nilai kenegerian yang bermaksud konsep asal fesyen kurung berkenaan.

Misalnya, Kurung Pahang yang terkenal dengan pesak gantung menampilkan keunikan tersendiri dan masih menjadi pilihan ramai wanita untuk dijadikan pakaian seharian mahupun pakaian rasmi ke tempat kerja.

Dengan sentuhan kreativiti penjahit mahupun si pemakai, telah menjadikan baju kurung kian anggun digayakan dengan sedikit pengubahsuaian sama ada di leher baju, di bahagian pinggang ataupun jenis lipatan pada sisi kain.

Malah, pakaian ini telah menjadi pakaian kebangsaan bagi kaum wanita masyarakat Melayu kerana ia mencerminkan keluhuran dan kesopanan peribadi wanita Melayu. Kini, ia turut menjadi peragaan masyarakat Cina dan India di Malaysia. 

TAG : baju kurung fesyen 2010, busana pengantin moden, busana pengantin terkini, katering, kenduri kahwin, meja beradap, nasi minyak, pelamin moden contoh, rahsia perkahwinan, raja sehari, tema biru perkahwinan, terbaru 2010, tip kahwin, kad kahwin, kad kahwin murah, kad jemputan kahwin, kad jemputan, kad kahwin design, contoh kad kahwin, perkahwinan, kad perkahwinan, wedding card invitation, invitation card, wedding invitation,design wedding card, card design, wedding card malaysia, free wedding card, sample wedding card

No comments:

Post a Comment