Friday 10 January 2014

Perancangan Perkahwinan



Sewaktu merancang majlis perkahwinan, sudah tentu anda akan mempunyai puluhan kertas atau dokumen (spt resit, sebutharga, invois dsb) yang perlu disimpan dengan baik. Jika ia tidak diatur dengan kemas, sudah tentu kepala anda bisa pening dibuatnya. :roll:
Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk anda mempunyai satu sistem khas untuk menyimpan segala rekod perancangan majlis perkahwinan. Mungkin penyediaannya memerlukan sedikit masa & tenaga, tetapi ia sangat berbaloi kerana sistem ini bakal memudahkan banyak urusan anda.
Di sini, saya ingin kongsikan 2 teknik yang boleh anda gunakan untuk tujuan tersebut:
Teknik #1. Sistem PemFAILan
Ini adalah salah satu kaedah tradisional yang saya kira masih relevan dengan zaman sekarang. Sebelum memulakan sebarang gerak kerja majlis perkahwinan, seharusnya anda menyediakan satu fail khas yang hanya digunakan untuk tujuan majlis perkahwinan ini. Samada anda membelinya, atau mungkin anda boleh gunakan stok yang sudah ada di rumah anda.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah dokumen yang perlu disimpan dalam fail ini?
Dokumen-dokumen tersebut ialah :
  • Aturcara majlis
  • Senarai semak (checklist)
  • Kalendar
  • Senarai tugas
  • Penyata duit masuk – keluar
  • Lakaran lokasi majlis
  • Lakaran baju pengantin
  • Senarai vendor
  • dsb
Bagaimana pula dengan jenis fail yang sesuai untuk tujuan ini?
Anda akan menjumpai pelbagai jenis / rupa fail di pasaran. Namun, jenis yang saya syorkan mempunyai 2 ciri-ciri berikut:
  • Mudah ditambah / dikurangkan bahan yang tersimpan di dalamnya
  • Mudah dirujuk apabila diperlukan
Salah satu contohnya adalah seperti ini:
Apa yang perlu anda lakukan seterusnya ialah, membahagikan dokumen yang anda telah simpan mengikut kategori masing-masing. (Contoh kategori adalah seperti yang telah disenaraikan di atas).
Untuk memudahkan lagi rujukan di masa hadapan, pastikan anda mempunyai halaman index yang menyenaraikan mukasurat bagi setiap kategori ataupenanda (bookmark) pada setiap kategori yang telah anda sediakan. Contoh penanda yang mudah adalah seperti ini:

Ok, sekarang fail anda telah pun siap. Sekiranya anda adalah seorang yang bermotivasi apabila melihat sesuatu yang cantik, hiaskan cover fail anda dengan gaya & kreativiti anda sendiri. Mungkin dengan mengikut tema perkahwinan atau tema romantis dsb.
Dengan menyediakan fail yang mempunyai sentuhan peribadi, anda akan lebih bersemangat untuk membuat persiapan perkahwinan tatkala terpandang fail ini. Saya selalu buat tips ini untuk menaikkan semangat sendiri 
Teknik #2. Menggunakan Perisian Komputer dan Internet
Sekiranya komputer merupakan sebahagian daripada hidup anda, adalah logik sekiranya anda dapat menggunakannya untuk mengatur perancangan majlis perkahwinan. Antara bahan bantu yang boleh anda gunakan adalah seperti:
  • Ms Excel : Anda boleh gunakannya untuk merekod dan menganalisa bajet serta jumlah tetamu yang akan hadir ke majlis perkahwinan anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kalendar digital yang disediakan oleh mereka untuk merancang aturan gerak kerja anda.
  • Email : Untuk berhubung dengan syarikat-syarikat perkhidmatan perkahwinan atau ahli keluarga dan rakan-rakan yang terlibat dalam persiapan majlis anda. Kelebihannya ialah, akaun email boleh menyimpan semua rekod-rekod perbincangan yang telah dipersetujui oleh anda dan pihak yang terlibat.Adalah lebih baik , sekiranya andamembuka satu akaun email yang khas untuk tujuan majlis perkahwinan sahaja. Ia dapat mengelakkan email penting anda, bercambur baur dengan email-email yang kurang penting untuk majlis ini.
  • Google Reader : Anda boleh menggunakannya untuk menyimpan dan mengemaskini semua maklumat yang anda peroleh daripada internet secara otomatik. Sangat mudah dan efektif. Anda harus mencubanya. (Untuk mempelajari cara menggunakannya, klik di sini)
Terdapat banyak lagi kaedah pengurusan melalui komputer dan internet, tetapi cukuplah kiranya saya perkenalkan 3 kaedah ini sahaja. Ketiga-tiganya adalah kaedah paling asas dan sangat mudah digunakan (terutama sekali untuk orang yg “terror” IT..macam saya )
Walau apa pun, anda boleh memilih salah satu daripada dua cara ini, atau anda juga boleh menggunakan kedua-duanya! Ia sangat bergantung kepada cara hidup dan keselesaan anda.
Ketahuilah bahawa, perancangan majlis perkahwinan yang sistematik, akan menaikkan peratusan keberangkalian bahawa majlis anda nanti akan berjalan dengan lancar. Bak kata orang jawa,
If you fail to plan, you plan to fail
Semoga Berjaya! :)

No comments:

Post a Comment