Saturday 11 January 2014

Tips memilih tema kad kahwin yang sesuai


Tanggapan pertama daripada tetamu atau rakan-rakan anda mengenai majlis perkahwinan anda yang
akan datang adalah daripada kad jemputan perkahwinan anda. Pilihan anda akan menentukan
perjalanan perkahwinan anda. Bekerjasama dengan pakar kad jemputan anda adalah kunci; yang
akan memberi petunjuk, daripada jenis kertas, rekabentuk dan bentuk tulisan
terbaik yang anda perlu pilih.

Kad jemputan boleh diperolehi dengan pelbagai jenis, dari rekabentuk tradisional hinggalah
kepada yang dramatik, jadi pemilihan kad jemputan perkahwinan anda boleh menjadi pengalaman
yang tidak boleh dilupakan. Sekiranya anda mempunyai warna tema, ia pasti membantu dalam
proses pemilihan kad. Kadang-kadang gambar dari majalah juga boleh membantu. Tetapi perlu
diingat, tidak ada satu peraturan mengatakan kad jemputan perkahwinan anda perlu sepadan
dengan warna tema majlis perkahwinan anda. Ia ternyata adalah pilihan anda !

Kad Jemputan Perkahwinan: Apa yang anda perlu tahu...
Terdapat pelbagai jenis, ayat yang berbeza, cetakan yang berbeza, pilihan warna, pilihan
poket, pilihan sampul, juga termasuk kad jawapan. Stail kad jemputan anda perlu dipilih
berdasarkan tema majlis perkahwinan anda; dan mood yang dipilih, atau stail, adalah untuk majlis
terbesar dalam hidup anda. Kad jemputan juga akan melambangkan siapa atau keperibadian anda
yang menganjurkan majlis.
Pertama sekali, mari kita lihat jenis kad jemputan yang boleh anda pilih:

1. Kad Jemputan Formal
2. Kad Jemputan Semi-Formal
3. Kad Jemputan Tulisan Tangan
4. Kad Jemputan Bergambar
5. Kad Jemputan Keagamaan

Perbezaan di antara setiap jenis kad boleh diukur dari tebal kad, warna, ayat, jenis tulisan
dan cara cetakan.

1. Kad Jemputan Formal selalunya berwarna putih. Ia biasanya menggunakan ivory, cream, putih,
atau warna yang keputihan. Kad jemputan formal juga selalunya menggunakan teknik emboss atau
hotstamping. Kad jemputan formal biasanya menggunakan tulisan roman, anda pasti tidak mahu
menggunakan tulisan yang fancy atau susah dibaca. Kad jemputan tersebut turut menampilkan
rekabentuk yang kemas, tiada grafik seperti bunga atau cincin, mungkin lambang/ logo keluarga
sekiranya ada, untuk pihak pengantin perempuan.

2. Kad Jemputan Semi-Formal adalah biasanya yang paling popular. Stail juga pelbagai, dan
anda boleh mengkombinasikan warna, ribbon dan rekabentuk. Kad jemputan semi-formal biasanya
dicetak di kedai pakar kad jemputan kahwin. Juga boleh dicetak sendiri di rumah dengan
pencetak laser. Biasanya menggunakan kertas yang lebih nipis dan mempunyai tambahan ribbon
atau bow. Sesetengah akan menggunakan tindihan kertas dan yang lain menggunakan hanya
sekeping kertas atau yang dilipat. Ini adalah lebih murah daripada kad jemputan formal dan
memberi lebih kelebihan untuk mengubahnya.

3. Kad Jemputan Tulisan Tangan biasanya dibuat untuk majlis perkahwinan yang kecil, atau majlis yang kasual dan tidak dibuat secara tema tradisional. Kad jemputan tulisan tangan boleh dibuat lebih peribadi dan boleh memasukkan unsur kreativiti tersendiri pasangan tersebut. Kad jemputan ini boleh ditulis sendiri oleh pasangan atau dengan mengupah pakar kaligrafi.

4. Kad Jemputan Bergambar dibuat untuk simpanan dan tanda ingatan. Pasangan yang bertunang boleh mengabadikan gambar pertunangan mereka di hadapan kad jemputan. Gambar biasanya dicetak dengan satu warna, sama warna dengan tulisan di dalam kad. Ini adalah pilihan yang kreatif dan menjadi tanda ingatan untuk mereka yang tersayang menyimpannya. Tanyalah pakar kad jemputan anda sekiranya mereka mempunyai pilihan tersebut.

5. Kad Jemputan Keagamaan sangat bermakna kepada mereka yang mahu mengabadikan ibadah mereka dalam perkahwinan. Kad jemputan biasanya dilipat dengan bahagian hadapan kad mengabadikan ayat-ayat keagamaan dan cinta. Grafik selalunya termasuk rekabentuk kaligrafi (tulisan jawi

No comments:

Post a Comment