Friday 10 January 2014

Tips Menawan Hati Wanita..

Tips Menawan Hati Wanita..


Tips Menawan Wanita - Pelukan Erat
Tips Menawan Wanita – Pelukan Erat

Bagi mereka yang belum ada kekasih wanita, mungkin ada tercari-cari, tergaru-garu kepala dan menonggeng-nonggeng serta bertanya kepada diri sendiri, mengapakah diriku ini masih lagi tidak berpunya? 
Seringkali bila terjadi sebegini, alasan yang kerap digunakan untuk sedapkan hati adalah jodoh belum sampai, kita pun tak ingin berteman lebih suka bersendiri, nak concentrate study, boypren girlpren nie nanti dululah, tunggu ada duit baru nak ada girlpren. Camtulah alasan-alasan yang selalu kita dengar.
 But kalau tengok betul dalam-dalam diri ini, deritanya tuhan sahaja yang tahu. Alasan-alasan ini semuanya memang nak cover line. Lumrah manusia memang perlukan teman. Teman berbicara, teman di kala sunyi, teman untuk pergi makan, teman untuk pergo tengok wayang atau konsert dan sebagainya. Jadi bagaimanakah cara sebenarnya tips menawan hati wanita:
  1. Jadilah lelaki yang pembersih dan berbauan yang memikat - Semestinya wanita tidak suka lelaki yang ada body odour dan pakai spender sama seminggu.. Lebih-lebih lagi gigi yang kuning.. Walaupun muka anda tak sekacak Gambit, sifat pembersih dapat mendekatkan diri anda kepada wanita. Tak caya tanya Hanis Zalikha..
  2. Pandai ambil hati – Wanita memerlukan teman untuk berbicara di kala sepi, sedih, bermasalah, gembira. Jika pandai bercerita, berlawak, mengubat, memberi semangat, menyokong, membantu, menghargai kaum wanita, peluang anda akan menjadi semakin cerah. Ya.. sifat2 ini kekadang tiada dalam diri anda, tapi kalau dah cinta, semua boleh berlaku beb. Banyak saya dengar cerita lelaki yang sanggup berulang alik dari KL ke Kuantan semata-mata untuk memikat wanita tersebut. Pastikan si dia sentiasa tersenyum dan terhibur. Tell her ” I will always be there to make her smile” :) .. sekali sekala belikan makanan yang beliau gemari, bawa dia di restoran yang dia selalu cakap nak pergi tapi tak dapat.. Tak payah nak ambil hati dengan harta benda yang melampau.. susah nanti..bila dia asyik meminta. Get the expectations correct from the start.
  3. Jangan kedekut – Walaupun anda orangnya jenis berjimat, sesekali apa salahnya belanja si dia makan, ambil naik kereta. Sewaktu nak tackle si dia, layanlah dia seperti Puteri Raja. :)
  4. Jangan ego – walaupun anda mungkin betul, jangan fikir asyik nak menang sahaja. Cuba mengalah sekali sekala.
  5. Don’t try to hard – Yep.. kena ada main tarik tali… Syookk, tak Syookk.. kasi dia confused dan rasa kosong sikit..haha..baru dia terfikir pasal anda.. jangan sesekali anda membuatkan dia rimas, asyik tanya dia kat mana etc. Ingat..jika anda belum ada apa2 hubungan dengan dia, anda tidak berhak bertanya dengan siapa beliau keluar, kenapa tak call, dia sibuk buat apa etc.. jika anda buat begini, anda akan membuatkan dia rimas dan semakin menjauhkan diri anda dengan dia.
  6. Pandai mengusik – Pernah tengok cerita Ali Setan.. yup..mula-mula benci tapi akhirnya cinta.. Jangan buat usikan yang jenis menyindir, tapi buatlah lawak yang menggelikan hati dengan cara memainkan kesasulan si dia etc.
  7. Kenali si dia – pastikan anda tahu apa kesukaan beliau..buku apa yang dia suka baca, rancangan apa yang dia suka, aktiviti apa yang dia suka buat..nie semua cara nak ambik hati lahh nie..brand bra apa yang dia pakai ..ooppss dah cukup tue..jangan lebey2 hehehe.. kemudian anda boleh berbicara tentang perkara yang sama, thus the bond becomes stronger.
  8. Utamakan dia dari kawan-kawan anda – wanita adalah seorang makhluk yang sensitif..jika anda pilih kawan anda dari dia, baik tak payah ber”girlpren”. Wanita perlu dihargai dan diutamakan dalam keputusan anda. Jika anda perlu membuat sesuatu yang melibatkan dia, bawa dia berbincang juga.. Ini akan membuatkan dia berasa penting dalam hidup anda.
  9. Layan seperti kawan lama – Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
  10. Adakan surprise – Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
  11. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
  12. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
  13. Be a gentleman please…Walaupun dia buat silap..maafkan dia..Jangan selfish.


No comments:

Post a Comment